Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ perkukuh sokongan sosial komuniti
  • TEMPATAN

Program ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ perkukuh sokongan sosial komuniti

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat, Dato’ Sri Nancy Shukri pada Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ di Kampung Trusan Jaya, di Sematan, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

SEMATAN: Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ menjadi pendekatan untuk mendengar dengan empati dan keprihatinan terhadap komuniti.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat, Dato’ Sri Nancy Shukri ketika berucap pada program itu di Kampung Trusan Jaya, di sini hari ini berkata, program tersebut membawa perkhidmatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus kepada komuniti bagi memastikan maklumat dan bantuan disampaikan secara berkesan.

“Program ini mendapat kerjasama erat daripada Jawatankuasa Surau An-Nur, Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), JKKK Kampung serta penduduk kampung, yang berganding bahu sejak dua hari lepas sehingga hari majlis.

“Semua usaha ini diharap memberi manfaat, keselesaan dan memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan penduduk serta jemaah,” katanya.

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat, Dato’ Sri Nancy Shukri merakamkan gambar kenangan pada Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ di Kampung Trusan Jaya, di Sematan, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

Nancy turut menggesa agar penduduk kampung digalakkan berinteraksi dengan kaunselor berdaftar untuk menilai tahap tekanan atau stres yang dihadapi, sejajar dengan usaha menekankan bahawa kesejahteraan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

Pada program itu, beliau turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 kepada Surau An-Nur bagi menyokong pelbagai aktiviti dan program yang dirancang oleh surau itu.

Dalam pada itu, sebanyak lima kotak kit jenazah turut diserahkan sebagai persediaan asas bagi pengurusan jenazah dan memudahkan urusan fardu kifayah di kampung.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (YKN), Nordina Haron; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak, Jimbau Munggat; Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Mohd Ali Taib; Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail dan tetamu kehormat lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gotong-Royong Perdana KJM N7 Samariang pupuk budaya kebersihan, kitar semula
Next: Program Bantuan Lesen Memandu B2 Motosikal, galakkan pematuhan undang-undang jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.