Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Luxury: JPJ Kuching sita kenderaan Mercedes tiada lesen kenderaan, insurans sah
  • JENAYAH

Ops Luxury: JPJ Kuching sita kenderaan Mercedes tiada lesen kenderaan, insurans sah

Utusan Sarawak 4 hours ago
 ANGGOTA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching menjalankan pemeriksaan dan tindakan sitaan ke atas kenderaan mewah jenis Mercedes sempena Ops Luxury yang dilaksanakan di sekitar bandar Kuching, hari ini. Foto JPJ Kuching

KUCHING: Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching telah melaksanakan Ops Luxury menerusi rondaan serta pemantauan penguatkuasaan di sekitar bandar raya ini bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa terpelihara.

Dalam operasi berkenaan, JPJ berjaya menyita sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes yang didapati dipandu di atas jalan raya tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah, setelah tamat tempoh sejak 2024.

Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati kenderaan berkenaan tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah, sekali gus melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, tindakan sitaan telah diambil ke atas kenderaan terbabit selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan tanpa mengira jenis atau kategori kenderaan, bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Orang ramai turut diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan masing-masing mempunyai LKM dan perlindungan insurans yang sah sebelum digunakan di jalan raya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tawaran peluang pekerjaan tipu, lelaki di Bau rugi lebih RM26,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.