Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemeriahan Tahun Baharu Cina dihiasi sinar cahaya di Taman Sahabat
  • TEMPATAN

Kemeriahan Tahun Baharu Cina dihiasi sinar cahaya di Taman Sahabat

Utusan Sarawak 5 hours ago
MERIAH… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di Taman Sahabat, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Taman Sahabat kini lebih bercahaya berikutan kerja naik taraf fasa akhir yang melibatkan pendawaian semula serta penambahbaikan sistem pencahayaan termasuk lampu dekoratif, sekali gus meningkatkan keselamatan dan keselesaan orang ramai.

Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di taman berkenaan menandakan penyempurnaan projek berkenaan dan menjadi sebahagian daripada sambutan Tahun Baharu Cina di sini. Majlis itu turut disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, selain dihadiri pelbagai tetamu jemputan.

MENARIK… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menghias pokok pada Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di Taman Sahabat, hari ini. Foto Norman B

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menegaskan bahawa usaha menaik taraf taman ini selaras dengan komitmen Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk mempertingkatkan kemudahan awam dan menyediakan persekitaran yang lebih selesa untuk masyarakat menjalankan aktiviti riadah. 

Beliau turut menekankan bahawa MBKS sentiasa mengambil kira keperluan keselamatan dan keselesaan pengunjung dalam setiap projek naik taraf taman.

Menurut beliau, Taman Sahabat dijangka menjadi salah satu lokasi tumpuan utama warga Kuching sepanjang musim perayaan ini kerana kemeriahan pencahayaan baharu serta pelbagai aktiviti yang disediakan, termasuk penganjuran bazar dan program komuniti.

INDAH… Suasana malam di Taman Sahabat kini tampil lebih mempesona dengan sistem pencahayaan dekoratif baharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, hari ini. Foto UKAS

Taman Sahabat juga menjadi lokasi penganjuran Bazar Tahun Baharu Cina, menampilkan kira-kira 36 hingga 40 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan makanan kreatif. Bazar ini merupakan yang ketiga dianjurkan MBKS tahun ini selepas di Taman Kenyalang, manakala satu lagi bakal berlangsung di Pending, sekali gus memperluas penganjuran daripada satu kepada tiga lokasi.

Setiap lokasi mempunyai tarikan tersendiri dan mampu menarik pelbagai kumpulan pengunjung, menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah. 

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kesedaran komuniti teras kurangkan impak kebakaran di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.