Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kunjungan hormat MCMC kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, perkukuh kerjasama strategik
  • SEMASA

Kunjungan hormat MCMC kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, perkukuh kerjasama strategik

Utusan Sarawak 5 hours ago
KUNJUNGAN… Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Penguatkuasaan MCMC, Dato’ Mohd Shafie Harun di Bilik Tetamu Pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak, pagi tadi. Foto Polis Sarawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dato’ Mohd Shafie Harun, dalam satu pertemuan yang berlangsung di Bilik Tetamu Pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak, pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, khususnya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang berkaitan komunikasi, multimedia serta keselamatan siber di negeri Sarawak.

KUNJUNGAN… Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Penguatkuasaan MCMC, Dato’ Mohd Shafie Harun di Bilik Tetamu Pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak, pagi tadi. Foto Polis Sarawak

Pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan mengenai isu-isu semasa, cabaran dalam penguatkuasaan undang-undang, serta usaha dan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan operasi bersama antara kedua-dua agensi demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, ACP Maria Rasid serta delegasi daripada MCMC.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Forum Ekonomi Malaysia 2026 pacu pertumbuhan, perkukuh kerjasama
Next: AIIB sokong hasrat Sarawak bangunkan infrastruktur masa hadapan, tenaga bersih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.