18 maut dalam letupan dinamit di India

Facebook
WhatsApp
LETUPAN di sebuah lombong arang batu haram di daerah East Jaintia Hills, Meghalaya, pada Khamis, 5 Februari 2026, sekurang-kurangnya 18 pekerja terbunuh dan beberapa yang lain dipercayai terperangkap. Foto AGENSI

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 maut dalam letupan dinamit di sebuah lombong arang batu haram di negeri Meghalaya, timur laut India pada Khamis.

Seorang pekerja yang cedera dimasukkan ke hospital susulan kejadian itu. 

Ketua Menteri Meghalaya Conrad Sangma berkata kejadian kira-kira 11.00 pagi itu berlaku di kawasan terpencil yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah berkenaan.

Sangma memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti haram.

“Individu yang terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti haram akan dikenakan tindakan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap insiden ini akan dikenakan tindakan yang sangat tegas,” katanya kepada pemberita.- Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara