Lapangan Terbang Berlin batalkan semua penerbangan malam akibat sejuk melampau

Facebook
WhatsApp
SEJAK pagi semalam, tiada penerbangan berlepas dan beberapa penerbangan tiba juga dibatalkan.

BERLIN, Jerman: Lapisan ais membeku di timur laut Jerman semalam memaksa Lapangan Terbang Berlin membatalkan semua penerbangan malam, termasuk penerbangan berlepas dan tiba, menurut pihak berkuasa.

“Secara prinsipnya, lapangan terbang telah menghentikan operasi mulai 7.30 malam (1830 GMT) kerana ‘ia umpama gelanggang ais sebenar,’” kata seorang jurucakap.

Sekitar 30 penerbangan dijadual berlepas dan 70 penerbangan dijadual tiba pada waktu tersebut. Sejak pagi semalam, tiada penerbangan berlepas dan beberapa penerbangan tiba juga dibatalkan.

LAPISAN ais membeku di timur laut Jerman semalam memaksa Lapangan Terbang Berlin membatalkan semua penerbangan malam, termasuk penerbangan berlepas dan tiba.

Menjelang lewat petang, “beberapa puluh” penerbangan telah pun dibatalkan, kata seorang lagi jurucakap, sambil menambah angka tepat sukar diberikan kerana situasi berubah dengan cepat.

Peringatan bahaya ais merah yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Jerman (DWD) meliputi hampir seluruh kawasan timur Jerman, dari barat daya Berlin hingga ke Laut Baltik.

Sejuk melampau ini turut menyebabkan beberapa kemalangan, termasuk siri kemalangan di lebuh raya Potsdam yang mencederakan kira-kira 20 orang pada petang semalam.

Di Berlin, ais yang menutupi ibu kota menimbulkan perdebatan mengenai penggunaan garam — bahan yang merosakkan alam sekitar — di jalan raya bagi mencegah kemalangan.

Bulan Januari di Jerman dicatat jauh lebih sejuk berbanding purata nasional tiga dekad terakhir, menurut DWD. – AFP

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara