Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi RM40,970 kes penipuan dalam talian di Lawas
  • JENAYAH

Lelaki rugi RM40,970 kes penipuan dalam talian di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Polis Daerah Lawas menerima laporan berhubung satu kes penipuan dalam talian yang melibatkan kerugian berjumlah RM40,970 pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dan bekerja di sektor swasta.

“Mangsa mendakwa melihat iklan kerja sambilan di aplikasi yang menjanjikan keuntungan melalui tugasan meningkatkan pembelian dana emas. Mangsa mula berurusan dengan sindiket berkenaan pada 23 Disember 2025 dan telah melakukan 11 transaksi kewangan dengan jumlah keseluruhan RM40,970,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila sentiasa diarahkan menyerahkan wang tambahan tanpa menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan atas kesalahan dadah dan judi, seorang wanita terlibat sebagai keldai akaun di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.