Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang pemprosesan makanan laut terbakar di Sarikei
  • KEBAKARAN

Kilang pemprosesan makanan laut terbakar di Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
MARAK…Sebuah kilang memproses makanan laut, Multiocean Seafood Sdn Bhd di Jalan Industri Sarikei, terbakar dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi. Foto JBPM

SARIKEI: Sebuah kilang memproses makanan laut, Multiocean Seafood Sdn Bhd di Jalan Industri Sarikei, di sini, terbakar dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 8.51 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurut Komander Operasi, Unjah Janggau, kebakaran melibatkan sebuah gudang dua tingkat berstruktur separuh kekal berkeluasan kira-kira 100 x 300 kaki persegi yang menempatkan mesin pemprosesan udang sejuk beku serta tempat penyimpanan baja udang.

MARAK…Sebuah kilang memproses makanan laut, Multiocean Seafood Sdn Bhd di Jalan Industri Sarikei, terbakar dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi. Foto JBPM

“Anggaran kemusnahan gudang tersebut adalah sekitar 70 peratus. Kebakaran turut merebak ke empat unit bilik berstruktur tidak kekal di bahagian atas kilang, masing-masing berkeluasan 12 x 14 kaki persegi, yang terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman dilaksanakan secara ofensif oleh pasukan BBP Sarikei menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan dua nozel, manakala BBP Bintangor menjalankan pemadaman secara defensif menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan sumber air terbuka.

KEBAKARAN berjaya dikawal sepenuhnya pada 9.33 pagi dan kerja baik pulih menyeluruh masih diteruskan bagi memastikan tiada punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula. Foto JBPM

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 9.33 pagi dan kerja-kerja baik pulih menyeluruh masih diteruskan bagi memastikan tiada punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Seramai 16 anggota terlibat dalam operasi ini dengan kekuatan jentera melibatkan dua jentera FRT dan sebuah EMRS. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi turut dipantau oleh Komander Operasi Kanan, Kho Boo Jang, serta Pegawai Kanan di lokasi, Mahmudin Naruddin. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar di Kota Sentosa, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.