Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM300,000 diperuntukkan bagi laksana dua projek RTP di DUN Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

RM300,000 diperuntukkan bagi laksana dua projek RTP di DUN Krian

Utusan Sarawak 10 hours ago
SESI lawatan serah tapak projek RTP bagi kawasan DUN Krian semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Kerajaan Sarawak terus memperkasakan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar menerusi pelaksanaan dua projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300,000.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan asas rakyat sentiasa ditambah baik demi keselesaan komuniti setempat.

​Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi lawatan serah tapak projek RTP bagi kawasan DUN Krian, semalam. Sesi tersebut bertujuan memastikan pihak kontraktor dapat memulakan kerja-kerja fizikal mengikut spesifikasi dan tempoh masa yang telah ditetapkan.

​Projek pertama yang menjadi tumpuan ialah kerja-kerja baik pulih bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Wong Besi, Kabo. Projek yang menelan kos sebanyak RM200,000 ini amat penting bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat untuk para pelajar serta guru.

​Projek kedua melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi tujuan baik pulih jambatan dan titian belian untuk jalan kebun di Rumah Ngitar Awas. Infrastruktur ini dijangka bakal memudahkan urusan harian penduduk, terutamanya bagi aktiviti pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama mereka.

​Friday menegaskan bahawa pemilihan projek-projek ini dibuat berdasarkan keperluan mendesak rakyat di akar umbi. Beliau mahu setiap sen yang diperuntukkan oleh kerajaan memberi impak maksima kepada kualiti hidup penduduk di pedalaman Saratok.

​Turut hadir dalam majlis penyerahan tapak tersebut ialah wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok yang bertindak sebagai agensi pelaksana bagi memantau kualiti kerja pembinaan agar menepati piawaian yang ditetapkan.

​Selain itu, Tuai Rumah Andrew Nyanggau turut hadir bagi mewakili Pusat Khidmat ADUN Krian bersama-sama dengan pihak kontraktor yang telah dilantik secara telus melalui proses cabutan undi sebelum ini.

​Dalam kesempatan itu, Friday merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Premier Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas penyaluran dana yang konsisten bagi membangunkan kawasan DUN Krian secara inklusif.

​”Kesejahteraan hidup rakyat akan terus menjadi keutamaan kami. Dengan ada projek RTP seumpama ini, kita berharap jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dirapatkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dayang Noorazah komited perkasa kebajikan komuniti Cina di DUN Lingga
Next: Projek saliran di Rumah Mat Sebakak, Tanjung Bijat siap ikut jadual ditetapkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.