16 maut susulan cuaca sejuk melampau di New York

Facebook
WhatsApp
SERAMAI 16 penduduk New York dilaporkan meninggal dunia akibat cuaca sejuk melampau, dengan kebanyakan kes disebabkan hipotermia. Foto AGENSI

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 16 penduduk New York dilaporkan meninggal dunia susulan cuaca sejuk melampau, menurut Datuk Bandar Zohran Mamdani pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Ahad, Mamdani memaklumkan bahawa 14 orang meninggal dunia di New York.

“Setakat pagi ini, 16 warga New York kehilangan nyawa di luar rumah semasa tempoh cuaca sejuk yang ekstrem ini,” kata Mamdani kepada pemberita.

Mamdani berkata hipotermia dipercayai punca 13 kes kematian manakala tiga penduduk lagi maut akibat pengambilan dadah berlebihan.

Menurut laporan, ribut salji yang melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) menjejaskan lebih 200 juta orang, dengan jumlah kematian melebihi 100 orang.

Selain itu, ribuan penerbangan dibatalkan di seluruh negara, manakala keadaan jalan raya yang berais di AS menyebabkan peningkatan insiden kemalangan. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti