Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga pasar awam MBKS diserikan cahaya perayaan Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Tiga pasar awam MBKS diserikan cahaya perayaan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan Majlis Penyalaan Lampu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Pasar Taman Kenyalang, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Tiga pasar awam utama di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diterangi cahaya perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina menjadi simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum serta sokongan berterusan terhadap ekonomi peniaga kecil dan penjaja tempatan.

Majlis penyalaan lampu berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, masing-masing di Pasar Komuniti Stutong, Pasar Petanak dan Pasar Taman Kenyalang.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBKS untuk menjadikan pasar awam lebih selesa dan menarik, khususnya menjelang musim perayaan.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (depan, tengah), Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dan tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan pada Majlis Penyalaan Lampu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Pasar Komuniti Stutong, hari ini. Foto Shikin Mahmud

“Pasar-pasar di bawah seliaan MBKS berfungsi sebagai ruang pertemuan komuniti yang menghubungkan masyarakat, selain menyokong kelangsungan ekonomi setempat melalui konsep ekonomi kitaran.

“Pihak MBKS juga menguruskan jumlah pasar awam yang tinggi berbanding pihak berkuasa tempatan lain, sekali gus menjadikan aspek penyelenggaraan dan kelestarian pasar sebagai satu cabaran berterusan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyalaan Lampu sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung di Pasar Komuniti Stutong petang tadi, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan memelihara peranan pasar tradisional sebagai pusat jualan hasil tempatan serta ruang interaksi komuniti, agar budaya pasar tidak terhakis akibat kebergantungan sepenuhnya kepada pasar raya moden.

“Pasar adalah nadi komuniti. Kita tidak mahu satu hari nanti petani dan peniaga kecil kehilangan tempat untuk memasarkan hasil mereka. Sebab itu MBKS terus komited menyokong pasar dan pusat penjaja,” katanya.

MAJLIS Penyalaan Lampu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Pasar Komuniti Stutong, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa kadar sewaan gerai kepada peniaga tidak dinaikkan sejak bertahun-tahun lalu sebagai langkah membantu kelangsungan sumber pendapatan para penjaja.

Majlis penyalaan lampu tersebut turut menarik kehadiran orang ramai yang mengambil kesempatan menikmati suasana perayaan sambil berkunjung ke pasar awam di sekitar bandar raya ini.

Program tersebut juga selari dengan kempen ‘Sayangi Pasar Anda’ yang diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai terus berbelanja di pasar awam serta menyokong produk dan peniaga tempatan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP pertahankan pelantikan KMKK Cina di Sibu, tegaskan kepentingan semangat GPS
Next: Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang kekal platform utama ekonomi komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.