Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan hampir sejam di Kuala Baram
  • WILAYAH

Kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan hampir sejam di Kuala Baram

Utusan Sarawak 8 hours ago
TERSELAMAT… Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda yang terkunci di Taman Harmoni Sri Pertiwi, Kuala Baram di Miri, petang ini. Foto BBP Lutong

MIRI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terkunci di Taman Harmoni Sri Pertiwi, Kuala Baram di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.48 petang, ibu bapa mangsa difahamkan sedang bekerja, manakala kanak-kanak berkenaan sebelum itu diambil oleh makciknya dari taska di Vista Perdana.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry  Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota  digerakkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar kenderaan jenis Toyota Hilux terkunci dan terdapat seorang kanak-kanak perempuan berada di dalamnya seperti dilaporkan,” katanya di sini.

Menurut Henry, anggota bomba segera melakukan penilaian awal bagi menilai situasi sebelum menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan tersebut.

“Tindakan pantas anggota berjaya membuka kenderaan berkenaan dan mangsa dikeluarkan dalam keadaan selamat.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 3.14 petang,” jelasnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SUKSAR IV 2026: Beberapa jalan utama di Betong ditutup berperingkat mulai Khamis ini
Next: Pertubuhan Chee Chuan Khor Simanggang teladan terbaik perkukuh kebajikan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.