Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Institut Koperasi Malaysia anjur JOM@COOP di Sibu, promosi Latihan Koperasi 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Institut Koperasi Malaysia anjur JOM@COOP di Sibu, promosi Latihan Koperasi 2026

Utusan Sarawak 8 hours ago

SIBU: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) akan menganjurkan Program Promosi Turun Padang JOM@COOP: Mempromosi Latihan dan Pendidikan Koperasi 2026 di Hotel Kingwood di sini, pada 12 Februari ini.

Pensyarah Kanan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak yang juga Penyelaras Program, Mohamad Suandi Mortadza, berkata program berkenaan turut dianjurkan sempena Sambutan Jubli Platinum IKMa 70 Tahun.

“Program JOM@COOP ini merupakan platform turun padang IKMa bagi memberi pendedahan secara langsung kepada masyarakat mengenai latihan, pendidikan serta peranan IKMa dalam memperkasa gerakan koperasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, program tahunan itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti koperasi dan masyarakat umum terhadap kelebihan koperasi sebagai pemacu ekonomi komuniti yang mampan.

“Melalui pendekatan bersemuka, kita bukan sahaja memperkenalkan program latihan IKMa bagi 2026, malah berkongsi pengalaman kejayaan koperasi yang telah dibimbing menerusi program IKMa,” jelasnya.

 PENSYARAH Kanan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak yang juga Penyelaras Program, Mohamad Suandi Mortadza.

Beliau berkata, antara pengisian utama program termasuk taklimat Program IKMa Zon Sarawak 2026, perkongsian pengalaman bekas peserta bimbingan IKMa, tayangan video evolusi IKMa serta pameran agensi, gerai jualan dan pameran koperasi serta usahawan.

Program itu menyasarkan penyertaan seramai 150 peserta melibatkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), anggota dan kakitangan koperasi, usahawan serta masyarakat umum dari Bahagian Sibu, Sarikei, Kapit, Mukah dan kawasan sekitar.

“Kami berharap program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada gerakan koperasi dan masyarakat setempat agar objektif yang digariskan dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Penyertaan program adalah percuma dan orang ramai boleh mendaftar melalui pautan https://forms.gle/FVUi7BApNwWAA1P99 atau menghubungi 082-552408 / 082-552405 atau emel sarawak@ikma.edu.my.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Perbadanan Sukan Sarawak perlu tingkat kemudahan sukan renang di Limbang
Next: PBB Bukit Kota sedia hadapi PRN Ke-13 Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.