Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Stok darah rendah menjelang musim perayaan, orang ramai digesa tampil menderma
  • KESIHATAN

Stok darah rendah menjelang musim perayaan, orang ramai digesa tampil menderma

Utusan Sarawak 7 hours ago
HADIR…Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri Dato Sri Lee Kim Shin, semasa hadir pada Kempen Derma Darah di Dewan BSMM, Miri, hari ini.

MIRI: Orang ramai di bandar raya ini digesa tampil menderma darah dalam tempoh tiga minggu akan datang bagi memastikan bekalan darah mencukupi menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri Dato Sri Lee Kim Shin, keperluan ini amat mendesak memandangkan Tahun Baharu Cina bakal disambut bulan hadapan, diikuti pula dengan bulan Ramadan, yang lazimnya menyaksikan penurunan jumlah penderma darah.

“Stok darah di bank darah ketika ini berada pada tahap rendah. Kebiasaannya, aktiviti pendermaan darah akan berkurangan pada minggu pertama musim perayaan kerana orang ramai sibuk dengan persiapan atau bercuti.

“Justeru, kita perlu mengumpul bekalan darah secukupnya lebih awal supaya tidak berlaku kekurangan semasa musim perayaan,” katanya.

HADIR…Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Miri Dato Sri Lee Kim Shin, semasa hadir pada Kempen Derma Darah di Dewan BSMM, Miri, hari ini.

Kim Shin yang juga merupakan Menteri Pengangkutan berkata demikian pada Kempen Derma Darah anjuran ‘Hash House Harriers’ dan Kelab Lions Miri Centennial di Dewan BSMM di sini, hari ini.

Lee berkata, berdasarkan rekod tahun lalu, jumlah permintaan darah sepanjang 2025 mencecah 9,557 unit, iaitu hampir 10,000 unit.

Bagi 2026, Bank Darah Miri telah menetapkan sasaran lebih tinggi iaitu 12,000 unit bagi menampung peningkatan keperluan.

“Seiring pertambahan penduduk, jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital juga semakin meningkat. Ini menyebabkan keperluan terhadap darah dan plasma turut bertambah setiap tahun.

“Oleh itu, saya menggesa orang ramai supaya tampil menyahut seruan ini kerana setiap sumbangan darah mampu menyelamatkan nyawa,” ujarnya lagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Virus Nipah: Keselamatan pelancong, rakyat tidak boleh dipandang ringan
Next: Kes penyakit kuku dan mulut pertama dalam 9 bulan disahkan di Incheon, Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.