Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan bentuk insan berakhlak dan berdaya saing
  • PENDIDIKAN

Pendidikan bentuk insan berakhlak dan berdaya saing

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Dr Hazland Abang Hipni bergambar kenangan bersama sebahagian murid cemerlang SPM 2024 SMK Bako yang menerima sumbangan insentif.

PETRA JAYA: Pendidikan bukan sekadar proses memperoleh ilmu pengetahuan, sebaliknya merupakan usaha menyeluruh dalam membentuk insan berakhlak, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, pendidikan ditegaskan sebagai asas utama pembangunan individu, masyarakat dan negara. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menegaskan bahawa antara kepentingan utama pendidikan ialah meningkatkan taraf hidup melalui peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik, di samping membentuk sahsiah serta nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

SUMBANGAN… Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyampaikan sumbangan insentif kepada murid cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 pada majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Murid SPM 2024 dan Pelancaran Jaket Keselamatan serta Helmet Murid SMK Bako di Dewan Wan Deli, Kampung Senari, hari ini.

“Pendidikan juga berperanan memajukan negara melalui pembangunan modal insan, mengurangkan kemiskinan dan jurang sosial, serta melahirkan masyarakat yang mampu berfikir secara kritis dan rasional,” katanya pada majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Murid SPM 2024 dan Pelancaran Jaket Keselamatan serta Helmet Murid SMK Bako di Dewan Wan Deli, Kampung Senari, hari ini.

Seramai 104 murid cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah menerima sumbangan insentif pendidikan sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka.

Selain penyampaian insentif, majlis turut menyaksikan pelancaran jaket keselamatan dan helmet murid sebagai langkah proaktif dalam memastikan keselamatan pelajar, khususnya yang menggunakan kenderaan dua roda ke sekolah.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam menyokong agenda pendidikan serta kebajikan murid, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berdisiplin dan berdaya saing demi masa depan Sarawak dan negara.

Majlis tersebut bukan sahaja bertujuan menghargai pencapaian akademik para murid, malah menjadi galakan berterusan agar mereka terus cemerlang dalam bidang pendidikan, yang disifatkan sebagai warisan paling lestari untuk menjamin masa depan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Tiga pelajar Sarawak terpilih menghadap Permaisuri Agong, hargai kejayaan antarabangsa
Next: Eksklusif: SK Nanga Bangkit nikmati elektrik 24 jam, sinar baharu pendidikan pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.