Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tiga pelajar Sarawak terpilih menghadap Permaisuri Agong, hargai kejayaan antarabangsa
  • PENDIDIKAN

Tiga pelajar Sarawak terpilih menghadap Permaisuri Agong, hargai kejayaan antarabangsa

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERMAISURI Agong, Raja Zarith Sofiah merakamkan gambar bersama kesemua pelajar. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SIMANGGANG: Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, Aariz Abdillah, merupakan antara tiga pelajar dari Sarawak yang terpilih menghadiri jemputan khas menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, di Istana Negara, Kuala Lumpur, kelmarin.

Selain Aariz, dua lagi pelajar dari Sarawak ialah Darrel Nathaneal Buko Desmond, pelajar Tingkatan Empat SM Sains Kuching Utara, dan Theodora Pei Ern Huei dari SMK Merbau, Miri.

Tiga pelajar dari Sarawak itu merupakan sebahagian daripada 28 pelajar cemerlang seluruh Malaysia yang dipilih bagi menghadiri jemputan istimewa tersebut. 

PERMAISURI Agong, Raja Zarith Sofiah menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar SMK Sri Aman, Aariz Abdillah. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Mereka dipilih kerana telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam bidang Bahasa Inggeris.

Ketiga-tiga pelajar ini mencipta kejayaan dalam pertandingan antarabangsa seperti Olimpiad Bahasa Inggeris Global Asia Tenggara (GELOSEA) di Incheon, Korea Selatan, dan HIPPO Pertandingan Bahasa Inggeris Peringkat Akhir Dunia di Itali.

Majlis ini dianggap satu detik istimewa bukan sahaja bagi para pelajar, malah turut memberi kebanggaan kepada keluarga dan pihak sekolah. 

Aariz Abdillah diiringi Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kamal Sabang, Jamal Sabang, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), serta Pengetua SMK Merbau, Chong Lee Ngo.

GAMBAR semasa jemputan khas menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Istana Negara, Kuala Lumpur, kelmarin. Foto SMK Sri Aman

Menurut kenyataan SMK Sri Aman, kejayaan Aariz mengharumkan nama negara sekali gus membawa nama SMK Sri Aman ke peringkat antarabangsa melalui pertandingan GELOSEA merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

“Dari bilik darjah ke pentas antarabangsa, kejayaan Aariz mengajar kita bahawa impian besar bermula dengan keberanian mencuba,” menurut kenyataan itu.

Kejayaan Aariz bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Sri Aman untuk terus percaya dan yakin dengan potensi diri masing-masing.

SMK Sri Aman turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik atas ilmu, usaha, dan komitmen dalam memastikan pelajar terus cemerlang di persada dunia.

“Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa Aariz atas sokongan dan doa yang menjadi pendorong utama kejayaan beliau di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari mahu anak Sarawak bersaing di peringkat antarabangsa menerusi pendidikan berkualiti
Next: Pendidikan bentuk insan berakhlak dan berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.