Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan komited bawa pembangunan
  • TEMPATAN

Kerajaan komited bawa pembangunan

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk John Sikie merakamkan gambar sebagai kenangan bersama penduduk.

TATAU: Kerajaan Sarawak terus komited membawa pembangunan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, pelbagai projek telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Gabung Parti Sarawak (GPS).

“Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar kepada projek-projek pembangunan di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian dan Penutupan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) bertempat di Rh Tuggang, Sungai Arip, semalam.

Menurutnya, pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan juga sedang giat dilaksanakan untuk keperluan rakyat.

“Umpamanya, jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaab (SK) Iban Union sepanjang 7.8 kilometer yang siap diturap merupakan projek di bawah Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, pembangunan berterusan di bawah GPS banyak memberi manfaat kepada penduduk di kawasan terbabit.

Tambahnya, kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan juga sekali gus meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

Dalam perkembangan sama, beliau telah mengumumkan peruntukan menerusi geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM24 ribu kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Rh Tuggang.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Pemilik tanah NCR akan dimaklumkan
Next: Kemenangan GRS tepati jangkaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.