Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kapal Perang Iban dipamerkan di Muzium Budaya Borneo
  • TEMPATAN

Kapal Perang Iban dipamerkan di Muzium Budaya Borneo

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Tazudin Mohtar merakam gambar bersama kumpulan Upacara Miring daripada Majlis Adat Istiadat.

KUCHING: Salah satu artifak tertua yang terdapat di Muzium Sarawak iaitu Kapal Perang Iban dari 1915 bakal dipindahkan masuk ke Tingkat 4, Muzium Budaya Borneo dalam tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Tazudin Mohtar berkata, kapal tersebut yang berusia lebih 100 tahun adalah artifak yang bertahan lama dan diperolehi oleh pihak Muzium pada 1969.

“Kapal atau bot perang ini sebenarnya kepunyaan orang Melayu bernama Ate, dan kemudiannya dibeli oleh Tuai Rumah Anding Manja dan sembilan orang rumah panjang di Gensurai, Layar.

“Pada 1915, Tuai Rumah Anding menyertai expedisi menentang musuh di Bukit Salong.

“Oleh itu, dengan adanya artifak seperti ini, kita dapat tahu perkara yang berlaku pada masa itu dan kita perlu menghargai sejarah dan budaya Iban pada masa itu,” katanaya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Upacara Miring bagi memindahkan Kapal Perang Iban di Muzium Islam, semalam.

Upacara Miring tersebut disempurnakan oleh sekumpulan orang Iban dari Majlis Adat Istiadat yang diketuai Igai Melina.

Menurut Tazudin, Upacara Miring seperti itu adalah salah satu adat yang tidak dapat ditinggalkan dan sebagai sebuah muzium, khazanah serta budaya, adat tersebut perlu dikekalkan.

“Ini adalah peranan Muzium Sarawak dalam mengekalkan budaya dan juga barang budaya Sarawak.

“Kita amat berterima kasih dengan masyarakat kita sendiri yang begitu peka tentang adat resam mereka sendiri.

“Artifak budaya ini juga adalah yang penting dalam menarik pelancong negara lain serta negeri lain di Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum dimasukkan ke dalam Muzium nanti, kapal tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu.

“Ini kerana kita tidak mahu membawa masuk artifak yang kemudian nanti akan memberi kesan kepada artifak lain,” katanya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Empat sekeluarga rentung
Next: Majoriti rakyat Sabah sokong kepimpinan ‘Abah’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.