Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis kenal pasti pemilik akaun bank kes penipuan dalam talian di Sarikei
  • JENAYAH

Polis kenal pasti pemilik akaun bank kes penipuan dalam talian di Sarikei

Utusan Sarawak 6 hours ago

SARIKEI: Polis mengenal pasti empat pemilik akaun bank yang digunakan bagi pemindahan wang membabitkan dua kes penipuan dalam talian yang dilaporkan di daerah ini baru-baru ini, dan sedang giat mengesan mereka.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Aswandy Anis berkata kesemua akaun didaftarkan atas nama syarikat yang tidak beroperasi di sini dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala pemilik yang membenarkan akaun mereka digunakan oleh pihak lain akan didakwa di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2024).

Aswandy berkata satu kes membabitkan seorang kontraktor berusia 50-an yang kerugian sekitar RM460,000 selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan dalam talian tidak wujud pada awal bulan ini.

“Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai farmasi swasta berusia 30-an yang mengalami kerugian sekitar RM15,000 selepas terperdaya dengan tawaran tender pembekalan peralatan perubatan di Daerah Sarikei,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis semalam selepas menyedari ditipu apabila suspek gagal dihubungi sebaik pembayaran dibuat.

“Mangsa membuat beberapa transaksi pemindahan wang ke dua akaun bank berbeza namun tidak menerima peralatan seperti dijanjikan sebelum talian telefonnya disekat,” katanya sambil menambah mangsa dihubungi seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dan menawarkan tender berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: MPKS teruskan Operasi Kenderaan Terbiar di kawasan komersial Desa Ilmu
Next: Operasi Imigresen Kuching tahan 42 warga asing tanpa dokumen sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.