Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dialog bersemuka jadi asas perancangan pembangunan di DUN Kalaka
  • Tengah
  • WILAYAH

Dialog bersemuka jadi asas perancangan pembangunan di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 7 hours ago
MOHAMAD Duri semasa menghadiri sesi dialog bersama Ketua-Ketua Masyarakat dari kawasan Kampung Perpat dan Rumah Panjang Tanjung yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Perpat, kelmarin. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa setiap projek pembangunan di kawasan beliau tidak wajar ditentukan hanya melalui perbincangan di bilik mesyuarat semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira pandangan serta suara pemimpin di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, pendekatan komunikasi secara bersemuka melalui sesi dialog bersama masyarakat merupakan kaedah paling berkesan bagi memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan benar-benar selari dengan keperluan sebenar rakyat di lapangan.

Beliau berkata, sesuatu projek pembangunan tidak seharusnya dirancang hanya melalui mesyuarat bersama agensi pelaksana, sebaliknya perlu datang daripada maklum balas, cadangan serta keperluan yang disuarakan oleh pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

Ucapan tersebut disampaikan susulan penganjuran sesi dialog bersama Ketua-Ketua Masyarakat dari kawasan Kampung Perpat dan Rumah Panjang Tanjung yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Perpat, kelmarin. 

Sesi dialog itu berperanan sebagai platform komunikasi dua hala antara wakil rakyat dan penduduk bagi mendapatkan maklumat yang sahih serta penjelasan terus berkaitan isu semasa.

Dalam sesi berkenaan, Mohamad Duri turut menjelaskan hala tuju dan misi kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), di samping memberi ruang kepada penduduk untuk mengemukakan soalan serta mendapatkan penjelasan berkaitan isu-isu tempatan.

Setiap aduan dan cadangan yang dibangkitkan juga direkodkan bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan tersusun.

Beliau menambah, ketelusan dalam penyampaian maklumat merupakan elemen penting bagi memastikan kestabilan dan keharmonian kawasan. 

Melalui dialog bersemuka, rakyat tidak lagi bergantung kepada khabar angin, sebaliknya menerima maklumat yang tepat dan sahih terus daripada wakil rakyat.

Menurutnya lagi, komitmen untuk sentiasa mendekati rakyat serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan masyarakat akan terus menjadi keutamaan demi memastikan kesejahteraan dan pembangunan yang inklusif di kawasan Kalaka.

Sesi dialog tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad; Kaunselor Saee Ason; barisan Ketua Kaum dan Tuai Rumah, serta kepimpinan sayap Pemuda PBB Cawangan Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM tangkap ular santai atas motosikal di Kampung Cina
Next: Rh Anne Saging bakal menikmati kemudahan parkir baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.