
MARUDI: Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi bertindak pantas menangkap seekor ular yang berada di atas motosikal di Kampung Cina, Marudi, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam (APM ) Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memberitahu pihaknya menerima pangilan kecemasan daripada orang awam pada 10.58 pagi memaklumkan seekor ular berada di atas sebuah motosikal yang diparkir bawah rumah di Lot 322, 3A Kampung Cina.
Selepas menerima panggilan tersebut tiga anggota APM diketuai L/Kpl (PA), Mohammad Hassan bersama Pbt. (PA) Bennister Bana Sulang dan Pbt. (PA) Mohd Zairil Johari bergerak ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan itu.
Setibanya ke lokasi, anggota APM berjumpa dengan pengadu untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi.
Sebaik menerima maklumat berkenaan anggota APM dari Skuad Charlie bertindak menangkap reptilia tersebut menggunakan peralatan khas.
Anggota APM bergerak balik ke PKOD lebih kurang empat kilometer dari lokasi setelah selesai menjalankan tugas.
Oleh Jiku Juguong