Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesuruhjaya Polis Sarawak ziarah bekas rakan sekelas di Hospital Umum Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

Pesuruhjaya Polis Sarawak ziarah bekas rakan sekelas di Hospital Umum Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Mohamad Zainal Abdullah menziarahi bekas rakan sekelasnya di HUS, memberikan semangat dan sokongan. Foto Facebook Polis Sarawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengadakan lawatan kebajikan ke atas bekas rakan sekelasnya di Hospital Umum Sarawak, petang tadi.

Lawatan itu bertujuan menziarahi Salleh Sulaiman, yang bertugas di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Samarahan.

Datuk Mohamad Zainal memberikan kata-kata semangat dan menyampaikan harapan agar beliau segera sembuh serta pulih seperti sediakala.

Dalam kunjungan itu, Datuk Mohamad Zainal turut meluangkan masa beramah mesra bersama keluarga pesakit dan mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai perubatan yang merawat Salleh.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, serta pegawai kanan dan anggota dari IPD Kuching.

Continue Reading

Previous: Projek Bangunan Tambahan Hospital Miri terima penarafan 4 bintang MyCREST
Next: Operasi SAR mencari lelaki hilang di Hutan Kampung Sepurau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.