Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 34 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sebuyau setakat 8.00 malam ini
  • TEMPATAN

34 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sebuyau setakat 8.00 malam ini

Utusan Sarawak 16 hours ago
INFOGRAFIK bencana banjir di Sarawak terkini setakat 8.00 malam ini. Foto APM Sarawak

KUCHING: Seramai 34 mangsa banjir daripada lapan Ketua Isi Rumah (KIR) kini ditempatkan di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak setakat malam ini, dengan jumlah mangsa dijangka meningkat sekiranya keadaan cuaca dan paras air sungai terus memburuk.

Berdasarkan Laporan Bencana Negeri Sarawak yang dikemas kini setakat 8.00 malam, PPS yang dibuka melibatkan Bangunan Masjid Lama Kampung Seruyuk di Sebuyau, Bahagian Samarahan bagi menempatkan penduduk terjejas.

Pemindahan mangsa dilaksanakan susulan kejadian banjir yang melanda kawasan berkenaan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu, sekali gus menyebabkan paras air sungai meningkat dan menjejaskan kediaman penduduk.

Trend pemindahan mangsa dilaporkan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, terutamanya melibatkan kawasan rendah dan berhampiran sungai yang berisiko tinggi dinaiki air.

Setakat ini, hanya satu PPS diaktifkan di Sarawak melibatkan kawasan terjejas di Sebuyau, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pembukaan PPS tambahan sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Agensi pengurusan bencana bersama pasukan keselamatan dan sukarelawan terus giat menjalankan pemantauan di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran proses pemindahan.

Orang ramai, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berisiko, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga.

Pihak pengurusan bencana negeri akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan orang ramai sentiasa mendapat informasi yang tepat dan terkini.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Tinjauan Mesra Masyarakat perkukuh hubungan komuniti di Kuching
Next: APM Saratok perkasa kesiapsiagaan anggota, fokus empat silibus utama penyelamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.