Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Sarawak Kita Empun 3.0 perkukuh peranan Wanita PBB fahami PCDS 2030
  • TEMPATAN

Program Sarawak Kita Empun 3.0 perkukuh peranan Wanita PBB fahami PCDS 2030

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Program Sarawak Kita Empun 3.0 anjuran Pergerakan Wanita PBB di Dewan Masyarakat Spaoh, semalam. Foto DUN Bukit Saban

SPAOH: Program Sarawak Kita Empun 3.0 anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberi tumpuan kepada perkongsian strategik serta pemahaman menyeluruh mengenai inisiatif pembangunan kerajaan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Program tersebut menjadi platform penting dalam memperkasa peranan wanita parti khususnya di peringkat akar umbi agar lebih peka terhadap hala tuju pembangunan negeri serta pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan Sarawak untuk kesejahteraan rakyat.

Beberapa sesi perkongsian telah disampaikan oleh barisan kepimpinan tertinggi wanita PBB yang menekankan keperluan ahli memahami dasar kerajaan, dasar ekonomi baharu Sarawak serta peranan wanita sebagai agen penyampai maklumat kepada komuniti setempat.

Majlis penangguhan program disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Dewan Masyarakat Spaoh, di sini, semalam.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Program Sarawak Kita Empun 3.0 anjuran Pergerakan Wanita PBB di Dewan Masyarakat Spaoh, semalam. Foto DUN Bukit Saban

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan penglibatan aktif wanita dalam memastikan dasar dan inisiatif kerajaan difahami serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Program Sarawak Kita Empun 3.0 turut disifatkan sebagai bukti komitmen berterusan Pergerakan Wanita PBB dalam melahirkan ahli yang berpengetahuan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri selaras dengan aspirasi PCDS 2030.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu serta Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding.

Turut memeriahkan program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga merangkap Penolong Ketua Penerangan Wanita, Dayang Noorazah Awang Sohor; Timbalan Ketua Pergerakan Wanita, Dato Angelina Ujang serta Bendahari Pergerakan Wanita merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dr. Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim.

Selain itu, Penolong Setiausaha I merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fridah Osman dan Penolong Setiausaha II merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong turut hadir sebagai tanda sokongan padu terhadap penganjuran program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Wanita Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah membentangkan topik mengenai hala tuju Sarawak untuk menjadi wilayah maju menjelang 2030, sekali gus menegaskan peranan penting wanita sebagai pemacu perubahan dan pembangunan negeri.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AYS sedia hadapi 2026, bina kepimpinan belia berteraskan nilai
Next: Paras air meningkat, APM Kuching perketat pemantauan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.