Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Samarahan esok
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Samarahan esok

Utusan Sarawak 6 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air tidak berjadual esok, bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam, Kawasan yang terjejas iaitu selepas Pasar Asajaya hingga ke sebahagian kawasan Sebuyau dan Sebangan. Foto JBALB Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Beberapa kawasan di Bahagian Samarahan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual esok, bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam susulan kerja-kerja pembaikan kecemasan paip utama yang bocor.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan berkenaan melibatkan daerah Asajaya, Sebuyau dan Sebangan.

Antara kawasan yang terjejas ialah selepas Pasar Asajaya hingga ke sebahagian kawasan Sebuyau dan Sebangan.

JBALB Sarawak memaklumkan gangguan tersebut adalah bagi memberi ruang kepada kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih paip utama bocor bersaiz 700 milimeter jenis MSCL yang terletak di seberang Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Sampun.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

JBALB Sarawak turut memberi jaminan bahawa kerja pembaikan akan diselesaikan secepat mungkin dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan terjejas.

Sebarang kesulitan yang timbul akibat gangguan ini adalah amat dikesali.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau Careline JBALB Samarahan di 082-673809, selain melayari laman web rasmi jabatan berkenaan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Semangat gotong-royong perkukuh kebersihan, kesihatan dan perpaduan komuniti Tabuan
Next: Jabatan Persekutuan di Sarawak ditawar sewa bangunan kerajaan negeri kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.