Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semangat gotong-royong perkukuh kebersihan, kesihatan dan perpaduan komuniti Tabuan
  • TEMPATAN

Semangat gotong-royong perkukuh kebersihan, kesihatan dan perpaduan komuniti Tabuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni rakam gambar kenangan pada Majlis Perasmian Program Kempen Gotong-Royong Membersih Kampung Tabuan Melayu dan Taman Tabuan 2026 di Dewan Kampung Tabuan Hilir, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Semangat gotong-royong terus menjadi teras penting dalam memperkukuh kebersihan, kesihatan awam serta perpaduan masyarakat setempat, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Program Kempen Gotong-Royong Membersih Kampung Tabuan Melayu dan Taman Tabuan 2026 di Dewan Kampung Tabuan Hilir, hari ini.

Menurut beliau, kawasan Tabuan Melayu yang merangkumi tujuh kampung dengan lebih 2,000 rumah serta jumlah penduduk melebihi 14,000 orang memerlukan pelaksanaan program gotong-royong yang berterusan dan terancang bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan sihat.

“Setiap kampung telah diarahkan melaksanakan aktiviti gotong-royong sama ada secara berkala atau sekurang-kurangnya sekali setahun dan peruntukan berkaitan turut disalurkan dengan laporan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

TIMBALAN Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni pada Majlis Perasmian Program Kempen Gotong-Royong Membersih Kampung Tabuan Melayu dan Taman Tabuan 2026 di Dewan Kampung Tabuan Hilir, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Beliau menjelaskan, penganjuran gotong-royong perdana melibatkan skala lebih besar kerana merangkumi keseluruhan kawasan kampung serta penglibatan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa aktiviti gotong-royong bukan sahaja bertujuan menjaga kebersihan persekitaran, malah berperanan penting dalam mencegah penularan penyakit berjangkit seperti denggi dengan menghapuskan kawasan air bertakung dan persekitaran berisiko.

“Apabila kebersihan kampung dijaga, secara tidak langsung kesihatan penduduk dapat dilindungi dan risiko penyakit bawaan nyamuk serta perosak dapat dikurangkan,” jelasnya.

Beliau menggesa agar semangat gotong-royong diperluaskan ke dalam semua aspek kehidupan termasuk kebajikan masyarakat, bantuan kepada golongan memerlukan serta usaha memperkukuh perpaduan antara generasi, khususnya dalam kalangan belia.

BERUCAP… Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berucap pada Majlis Perasmian Program Kempen Gotong-Royong Membersih Kampung Tabuan Melayu dan Taman Tabuan 2026 di Dewan Kampung Tabuan Hilir, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) memberi tumpuan kepada pengurusan sisa secara lebih sistematik di peringkat kampung, termasuk usaha menukarkan sisa buangan kepada sumber ekonomi dan tenaga.

“Kita bukan sekadar membersihkan kampung, sebaliknya melihat sampah sebagai sumber. Melalui sistem tersusun, sisa boleh ditimbang, diurus oleh jawatankuasa kampung atau koperasi serta diberikan nilai melalui sistem mata ganjaran,” katanya.

Menurut beliau, mata ganjaran tersebut boleh ditebus dalam bentuk barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan harian, sekali gus membantu penduduk serta menggalakkan penglibatan aktif dalam pengurusan sisa.

Tambahnya, projek perintis bernilai kira-kira RM200,000 itu kini berada pada peringkat mengenal pasti tapak dan dijangka menjadi model kepada kawasan lain selepas siap sepenuhnya kelak.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak perhalusi laluan dan jadual bas elektrik untuk kegunaan awam
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Samarahan esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.