Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendidikan penting walaupun bergelar suri rumah – Pengerusi PERKIM Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Pendidikan penting walaupun bergelar suri rumah – Pengerusi PERKIM Lundu

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Jawatankuasa PERKIM Lundu bergambar bersama selepas selesai Mesyuarat Agung PERKIM ke-22 di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di Lundu, hari ini.

LUNDU: Kepentingan pendidikan dalam kalangan wanita, termasuk suri rumah, terus diberi penekanan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lundu sebagai asas membentuk institusi keluarga yang kukuh dan melahirkan generasi berilmu.

Pengerusinya, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu, berkata wanita memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di rumah, sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Cawangan Lundu ke-22 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini, hari ini.

Menurut beliau, ilmu pengetahuan merupakan perisai dan panduan utama dalam mengurus institusi keluarga serta kehidupan bermasyarakat, justeru pendidikan tidak seharusnya dipinggirkan walaupun seseorang wanita sepenuh masa berada di rumah.

Dalam ucapannya, beliau turut menyuntik semangat ahli dengan mengingatkan pesanan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem agar sentiasa membuat kepada kebaikan.

“Walaupun kita tidak mampu mengubah seseorang itu seratus peratus, namun jika dapat menyentuh tiga puluh peratus hatinya pun sudah memadai,” katanya.

DATIN Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu ketika berucap pada Mesyuarat Agung PERKIM ke-22 di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di Lundu, hari ini.

Sementara itu, Penyelaras PERKIM Cawangan Lundu yang juga Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fridah Osman Adenan, merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Lundu yang dikekalkan, iaitu Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan Latifah Hakim.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa baharu yang terpilih bagi sesi 2026 hingga 2028, selain menghargai sokongan berterusan ahli terhadap PERKIM Cawangan Lundu sejak penubuhannya.

Beliau berharap tahun baharu ini akan membuka lembaran yang lebih gemilang buat PERKIM Cawangan Lundu dalam usaha berterusan menabur bakti kepada masyarakat.

Continue Reading

Previous: Wanita terkejut nampak buaya bersantai di Sungai Adong
Next: PERKIM Cawangan Sibuti perkukuh peranan dakwah dan kebajikan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.