Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN Lamag kekal milik BN, Mohd Ismail menang dengan majoriti 5,681 undi
  • SEMASA

DUN Lamag kekal milik BN, Mohd Ismail menang dengan majoriti 5,681 undi

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Jafry Ariffin (kanan) meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag Mohd Ismail Ayob atau lebih mesra dikenali sebagai Miha pada Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Sri Lamag, malam ini. Foto Bernama

KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas calonnya, Mohd Ismail Ayob memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Miha, mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati 1,588 undi.

PRK DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember lepas.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada November lepas, Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag untuk penggal kedua selepas memenangi saingan lima penjuru dengan majoriti 153 undi.

Eddy Syaizul Rizam juga berkata sebanyak 160 kertas undi ditolak pada PRK itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berkata perjalanan proses demokasi itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Terdahulu, Mohd Ismail yang memakai baju kemeja T hitam hadir ke dewan itu pada 9.55 malam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Jafry Ariffin.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hak Sarawak perlu dipertahan, isu MA63 diberi keutamaan
Next: PAM Sarawak sumbang kepakaran bina persekitaran mampan, sokong visi PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.