Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzudin mara ke final Masters Indonesia
  • SUKAN

Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzudin mara ke final Masters Indonesia

Utusan Sarawak 6 hours ago
BEREGU wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah dan pasangan profesional beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani semakin hampir untuk menjuarai gelaran pertama musim ini selepas kedua-dua pasangan mara ke final Masters Indonesia 2026 di Jakarta, esok.

KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah dan pasangan profesional beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani semakin hampir untuk menjuarai gelaran pertama musim ini selepas kedua-dua pasangan mara ke final Masters Indonesia 2026 di Jakarta, esok.

Dalam aksi separuh akhir hari ini di gelanggang ikonik Istora Senayan, Pearly-Thinaah menepati ramalan apabila menumpaskan pasangan tuan rumah Lanny Tria Mayasari-Apriyani Rahayu dalam masa 32 minit dengan keputusan 21-15, 21-9.

Beregu wanita nombor dua dunia itu bakal berdepan cabaran Arisa Igarashi-Miyu Takahashi dari Jepun yang mengejutkan pasangan tuan rumah Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum dalam aksi tiga set, 21-12, 19-21, 21-13, selepas hampir sejam perlawanan sengit.

Sekiranya Pearly-Thinaah menewaskan Arisa-Miyu esok, mereka berpeluang menjadi pasangan beregu wanita Malaysia pertama memenangi gelaran ini sejak Vivian Hoo-Woon Khe Wei meraih kejayaan pada edisi 2011.

PASANGAN profesional beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani semakin hampir untuk menjuarai gelaran pertama musim ini selepas kedua-dua pasangan mara ke final Masters Indonesia 2026 di Jakarta, esok.

Sementara itu, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak mengecewakan apabila melangkah ke final selepas menundukkan pasangan dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-9, 21-15 dalam tempoh hanya 28 minit. 

Pasangan pilihan keempat itu akan berdepan duo Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang mengejutkan pilihan kelima dan rakan senegara mereka, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, 21-19, 21-14.

Ini merupakan final pertama Sze Fei-Nur Izzuddin sejak tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 16-21, 17-21 di Terbuka Jepun 2025 Julai lalu.

Kedua-dua Pearly-Thinaah dan Sze Fei-Nur Izzuddin akan menyertai juara dunia beregu campuran semasa, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dalam final kejohanan Super 500 esok.

Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei menyingkirkan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 21-17, 21-12.

Mereka akan menentang pasangan dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, bukan pilihan tetapi berjaya menewaskan pasangan pilihan keenam dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, 20-22, 21-19, 21-17.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 477 peserta meriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Marudi
Next: Kuching City FC bangkit tewaskan Penang FC, mara ke suku akhir Piala Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.