ANDY Murray terpaksa menderita sakit pinggul tiga tahaun lalu tatkala berdepan dengan pemain dari Switzerland, Stan Wawrinka di Roland Garros.
Namum pada kejohanan sama,Terbuka Perancis kali ini, kedua-duanya akan bertemu lebih awal di pusingan pertama.
Murray dan juara Terbuka Perancis 2015 itu bersaing sengit pada 2017 dalam aksi lima set penuh mendebarkan sebelum menyaksikan pemain veteran Switzerland itu bangkit daripada kekalahan dua set.
Murray, 33, terpaksa membayar dengan harga mahal apabila bekas pemain nombor satu dunia dari Britain itu merana selepas dibelengu masalah kecederaan pinggul berpanjangan yang hampir menamatkan kariernya.
Murray dan Wawrinka, masing-masing merupakan bekas juara kejuaraan utama sebanyak tiga kali.
Murray yang menduduki ranking ke-111 dunia pada ketika ini memerlukan tiket wild card untuk beraksi pada Terbuka Perancis di Paris tahun ini bagaimanapun masih boleh berbangga dengan rekod pertemuan 12-8 dengan Wawrinka.
Kedua-dua pemain ini berlatih bersama-sama di gelanggang Philippe Chatrier minggu ini.
“Ia perjalanan yang agak panjang perlu saya tempuhi untuk kembali ke gelanggang Philipe Chatrier.
“Tiga tahun setengah sejak saya beraksi dalam perlawanan penuh kejam sebanyak lima set bertemu Wawrinka di separuh akhir yang menyebabkan saya menderita kecederaan pinggul,” kata Murray dalam laman Instagramnya.
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic akan berdepan dengan wakil Sweden, Mikael Ymer di aksi pembukaan tatkala dia dalam misi memburu kejuaraan Roland Garros buat kali kedua selepas kejayaan sulung pada 2016.
Penyandang juara, Rafael Nadal diletakkan sebagai pilihan kedua , juga memburu kejuaraan Terbuka Perancis kali ke-13, akan memulakan kempen menentang pemain Belarus, Egor Gerasimov.-AFP