
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah meluangkan masa berkunjung ke gedung tekstil Kamdar yang terletak di Jalan Stampin, di sini, hari ini.
Turut mengiringi Tun Wan Junaidi dalam kunjungan tersebut ialah anaknya, Sharifah Fariah dan Sharifah Nong-Jasima.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut mesra oleh Jessica Juan yang mewakili pihak pengurusan premis, bersama beberapa orang staf kanan Kamdar.
Sepanjang kunjungan, Tun Wan Junaidi telah membeli beberapa helai kain bagi tujuan membuat jubah dalam pelbagai warna, selain warna putih.
Sementara itu, anak Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut membeli kain untuk keperluan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.