Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot yakin prestasi pemain baharu Liverpool semakin meningkat
  • SUKAN

Slot yakin prestasi pemain baharu Liverpool semakin meningkat

Utusan Sarawak 8 hours ago

Slot menjangkakan pemain baharu Liverpool terus menunjukkan peningkatan prestasi. Foto AFP

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot, percaya The Reds akan terus bertambah baik pada musim-musim akan datang apabila pelaburan besar terhadap pemain muda mula menampakkan hasil.

Harapan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris tinggi pada awal musim selepas Liverpool berbelanja hampir £450 juta (RM2.7 bilion) bagi mendapatkan pemain baharu.

Namun, selain beberapa detik positif daripada Hugo Ekitike, muka baharu Liverpool bergelut menyesuaikan diri pada bulan-bulan awal musim.

Alexander Isak pula sering dibelenggu kecederaan sejak perpindahan rekod Britain bernilai £125 juta (RM750 juta) dari Newcastle dan bakal terlepas sebahagian besar baki musim ini akibat patah kaki.

ScreenshotFlorian Wirtz. Foto AFP

Bagaimanapun, Florian Wirtz, Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong kini mula menemui rentak sebenar, selari dengan prestasi cemerlang Liverpool yang mencatat 13 perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian Slot.

“Jika melihat kepada usia pemain yang kami tandatangani, mereka akan menjadi lebih baik musim depan dan musim selepasnya,” kata Slot pada sidang media menjelang perlawanan menentang Bournemouth, awal pagi esok.

“Kami pernah bercakap mengenai Florian yang kurang menjaringkan gol dan membuat bantuan gol pada awalnya, tetapi dia sangat hampir. Malah sekarang dia hampir boleh menggandakan statistik itu berdasarkan peluang yang dia cipta atau berikan kepada rakan sepasukan.

“Saya hanya melihat perkara positif dari segi perkembangan pasukan ini, walaupun kami perlu menyesuaikan diri banyak kali sepanjang musim.

“Kami sudah berada di tahap yang baik sekarang, dan kelab ini akan terus berada di tahap yang baik esok, lusa dan seterusnya,” katanya.

Peluang Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan liga hampir tertutup dengan jurang 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal, sekali gus mengalihkan fokus kepada sasaran melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Skuad kendalian Slot kini berada di tangga keempat, namun hanya enam mata memisahkan mereka dengan Brighton di kedudukan ke-12.

Liverpool juga semakin hampir ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas menang 3-0 ke atas Marseille pada Rabu lalu.

Namun, jurulatih dari Belanda itu tidak menjangkakan sebarang tambahan pemain dalam baki jendela perpindahan Januari.

“Itu yang saya jangkakan, ya,” katanya.

“Seperti biasa, jika ada peluang di pasaran atau kami rasa boleh memperkuatkan pasukan, kelab ini akan cuba. Tetapi buat masa ini, saya menjangkakan skuad akan kekal seperti sedia ada.” – AFP

Continue Reading

Previous: Wei Chong-Kai Wun kempunan pertahan kejuaraan Masters Indonesia
Next: Carrick mahu United bina masa depan sekitar ‘kualiti’ Mainoo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.