Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • PTPTN pastikan inisiatif pendidikan percuma sampai kepada golongan sasar
  • PENDIDIKAN

PTPTN pastikan inisiatif pendidikan percuma sampai kepada golongan sasar

Utusan Sarawak 9 hours ago
PTPTN perkasa akses Pendidikan Tinggi untuk pelajar miskin tegar.

KUALA LUMPUR:  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan inisiatif biasiswa/pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035  dilaksana secara berkesan dan menyeluruh kepada golongan sasar.

Pengerusinya Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata peningkatan hampir dua kali ganda bilangan penerima manfaat itu diyakini mampu memberi peluang pendidikan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Langkah ini, sekali gus memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan sebagai pemangkin utama mobiliti sosial dan pembangunan modal insan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengumuman inisiatif berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan RPTM mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan ekses kepada pendidikan tinggi yang inklusif, saksama dan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan miskin tegar.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika pelancaran RPTM pada Selasa mengumumkan inisiatif pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin tegar dalam data e-Kasih, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026.- Bernama

Continue Reading

Previous: RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
Next: Sarawak sudah bersedia: Laksana kemasukan Tahun 1 umur 6 tahun, penilaian Tahun 4

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.