Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara – PM Anwar
  • SEMASA

Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan berkenaan dalam memacu pembangunan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan. Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pelarasan gaji fasa kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Professional serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT). 

Fasa Kedua menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MaRINA 3.0 dilancarkan perkukuh keselamatan dan kesihatan pekerjaan berasaskan bukti
Next: Syarat jaminan bank kurangkan risiko penipuan umrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.