Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat di Sulawesi
  • GLOBAL

Enam lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat di Sulawesi

Utusan Sarawak 8 hours ago
SISA bangkai sebuah pesawat turboprop milik Indonesian Air Transport bertaburan, sehari selepas ia terhempas ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar, di Gunung Bulusaraung, Sulawesi Selatan, pada 18 Januari 2026. Foto AFP

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan Indonesia menemukan enam lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di lereng Bukit Bulusaraung, Sulawesi Selatan.

Seorang pegawai kanan tentera pasukan SAR, Kol. Dody Triyo Hadi berkata setakat 11.46 pagi waktu tempatan, operasi membawa keluar mayat dari lokasi nahas masih dijalankan.

“Lokasi (mayat mangsa) ditemukan dalam lingkungan 50 meter daripada mayat pertama dan kira-kira 250 meter dari puncak bukit,” katanya pada sidang media hari ini.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan meningkat kepada sembilan.

Seorang lagi penumpang pesawat peronda Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan masih hilang.

Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara sekitar tengah hari pada 17 Januari lepas di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Cermin mata hitam Presiden Perancis tarik perhatian di Davos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.