Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan kebajikan disalur kepada 95 penerima di Sibu
  • WILAYAH

Bantuan kebajikan disalur kepada 95 penerima di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK KENANGAN… Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Lanang Alice Lau merakam kenangan bersama para penerima di Pusat Khidmat Parlimen Lanang, baru-baru ini.

SIBU: Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau telah menghulurkan bantuan kebajikan kepada seramai 95 penerima di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, pengagihan bantuan kebajikan itu merangkumi bantuan pendidikan, khairat kematian, bantuan perubatan, manfaat bayi baru lahir serta pelbagai bentuk bantuan lain.

“Saya berharap pengagihan bantuan ini dapat memberikan kelegaan kepada penerima serta menyemai semangat prihatin dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau turut menasihati mereka yang memerlukan rawatan jangka panjang seperti pesakit buah pinggang (dialisis) dan kanser, boleh memohon bantuan di Pusat Khidmat Parlimen Lanang menyediakan setiap tahun.

Sementara itu, Lau melancarkan program ‘Welcome, Lanang New Born!’ sejak September 2024 sebagai sebahagian daripada siri ‘Program Sayangi Lanang.’

Di bawah program ini, bayi yang dilahirkan pada atau selepas 16 September 2024 dan salah seorang ibu bapa merupakan pengundi di Parlimen Lanang, layak menerima manfaat tersebut.

“Ibu bapa boleh mengemukakan salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran bayi ke Pusat Khidmat Parlimen Lanang dalam tempoh 90 hari selepas kelahiran bagi memohon manfaat tersebut,” jelasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDA, Jabatan Veterinar Sarawak anjur Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma di Bintulu
Next: PERKEP IPD Lawas kukuhkan ikatan kekeluargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.