Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
KUNJUNGAN HORMAT… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediaman rasmi, Kasuma Resort, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kasuma Resort, di sini hari ini.

Kunjungan hormat tersebut merupakan keperluan perlembagaan serta amalan tradisi yang diadakan sebelum berlangsungnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dalam pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh mahabbah itu, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai hala tuju Wilayah Sarawak, khususnya berkaitan agenda pembangunan negeri.

Tun Wan Junaidi  turut menyampaikan pandangan serta berkongsi pendapat mengenai beberapa isu semasa, termasuk aspek pentadbiran dan ekonomi Wilayah Sarawak.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap dasar dan perancangan berterusan yang dilaksanakan oleh Premier Sarawak dalam usaha menjadikan Sarawak antara wilayah yang termaju di Malaysia menjelang 2030.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Violet Yong tekankan isu keselamatan kebakaran di Jalan Selangan Batu 
Next: Jalan bekas pembalakan di Telang Usan, Mulu perlu pembaikan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.