Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelaksanaan projek RTP cerminkan komitmen Wilfred Yap terhadap rakyat
  • TEMPATAN

Pelaksanaan projek RTP cerminkan komitmen Wilfred Yap terhadap rakyat

Utusan Sarawak 5 hours ago
WILFRED Yap saksikan menyerahkan Surat Setuju Terima bagi projek naik taraf gelanggang bola keranjang mini Batu 7 bernilai RM300,000 serta memeriksa projek siap naik taraf laluan pejalan kaki bernilai RM39,000.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menegaskan komitmennya terhadap pembangunan berteraskan rakyat melalui pelaksanaan serta penyiapan beberapa projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Usaha tersebut secara langsung meningkatkan kemudahan awam, aksesibiliti dan kualiti hidup penduduk di Batu 7, Kota Sentosa.

“Antara projek utama ialah kerja naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Batu 7 Fasa 2 di bawah RTP 2025,” katanya.

Wilfred turut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang dilantik, An Nashr Resources, bersama pegawai Majlis Perbandaran Padawan, bagi pelaksanaan projek yang melibatkan peruntukan berjumlah RM300,000.

Katanya, naik taraf Fasa 2 ini bertujuan meningkatkan keselesaan pengguna, keselamatan dan aliran trafik di salah satu kemudahan sukan komuniti yang paling aktif digunakan di Batu 7.

“Skop kerja merangkumi pembinaan dua bilik persalinan baharu lengkap dengan kemudahan pancuran, kerja penurapan semula, pembinaan tempat letak kenderaan baharu serta laluan masuk baharu bagi mengurangkan kesesakan dan menambah baik akses semasa waktu puncak.

“Ini bukan sekadar naik taraf infrastruktur, sebaliknya satu pelaburan untuk golongan belia, keluarga dan kesejahteraan komuniti,” kata Wilfred.

Beliau berkata kemudahan sukan memainkan peranan penting dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan perpaduan sosial, selain projek ini dilaksanakan berdasarkan maklum balas penduduk dan pengguna kemudahan.

Pada hari yang sama, Wilfred turut menjalankan pemeriksaan akhir bagi projek naik taraf laluan pejalan kaki RTP 2023 di Kota Sentosa, Batu 7 bersama pegawai MPP dan kontraktor.

Projek bernilai RM39,000 itu telah siap sepenuhnya dan diserahkan untuk kegunaan orang ramai.

“Laluan pejalan kaki yang dinaik taraf ini meningkatkan tahap keselamatan, aksesibiliti dan kemudahan berjalan kaki, khususnya bagi warga emas, pelajar sekolah dan penduduk yang bergantung kepada berjalan kaki sebagai kaedah pergerakan utama di kawasan kejiranan.

“Projek berskala kecil dan berteraskan rakyat seperti laluan pejalan kaki selalunya memberi kesan harian paling besar kepada kehidupan penduduk. Projek yang siap ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan Kota Sentosa lebih selamat, inklusif dan selesa didiami,” katanya.

Yap menegaskan bahawa semua projek RTP di bawah seliaannya dikenal pasti melalui maklum balas akar umbi, penilaian di lapangan serta kerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan peruntukan awam diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada masyarakat.

“Projek ini menunjukkan pendekatan konsisten kami iaitu mendengar suara rakyat, merancang dengan bertanggungjawab dan melaksanakan dengan penuh akauntabiliti,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AirBorneo pertingkatkan sistem daftar masuk dalam talian untuk kemudahan penumpang
Next: Jabatan Laut perkukuh kerjasama strategik pastikan latihan pelaut kekal relevan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.