Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ketiadaan Isak, Liverpool terus harapkan sentuhan Salah
  • SUKAN

Ketiadaan Isak, Liverpool terus harapkan sentuhan Salah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOHAMED Salah menyertai sesi latihan Liverpool menjelang pertemuan Liga Juara-Juara menentang Marseille. Foto AFP

MARSEILLE: Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui gembira dengan kembalinya Mohamed Salah untuk memperkuat jentera serangan menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Marseille awal pagi esok.

Salah berpeluang membuat penampilan sulung sebagai kesebelasan utama sejak 26 November lalu, selepas tercetus kontroversi membabitkan temu bual panas pemain Mesir itu yang menyasarkan Slot bulan lalu.

Bintang Liverpool itu sebelum ini mendakwa dirinya ‘dikorbankan’ selepas direhatkan tiga perlawanan berturut-turut, malah mengakui tidak mempunyai hubungan dengan pengurus dari Belanda berkenaan.

Bagaimanapun, Salah kembali diturunkan sebagai pemain gantian ketika Liverpool menewaskan Brighton 2-0 pada 13 Disember sebelum berlepas menyertai Mesir di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sehingga ke separuh akhir.

“Lihat sahaja senarai pemain esok, anda akan faham tiada isu. Saya bercakap dengannya hari ini dan saya gembira dia kembali,” kata Slot pada sidang media pra-perlawanan.

“Ada satu ketika saya buat keputusan untuk tidak menurunkannya dan satu lagi saya tidak membawanya ke perlawanan. Selain itu, dia sentiasa berada dalam skuad dan menjadi pertukaran pertama menentang Brighton. Jadi bagi saya, tiada isu.”

Salah kini penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman Liverpool dengan 250 gol daripada 421 penampilan, selain membantu kelab itu merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sejak menyertai The Reds dari Roma pada 2017.

Beliau menandatangani kontrak baharu lumayan dua tahun musim lalu ketika memainkan peranan penting membawa Liverpool meraih kejuaraan liga ke-20, menyamai rekod.

Namun, prestasinya musim ini agak hambar dengan hanya lima gol dalam semua pertandingan ketika Liverpool bergelut mencari rentak, sekali gus mengundang kritikan peminat terhadap gaya permainan Slot yang dianggap perlahan.

Liverpool masih belum tewas dalam 12 perlawanan terakhir, tetapi mencatat empat keputusan seri daripada lima aksi terkini, selain kemenangan ke atas Barnsley dalam Piala FA.

Kecederaan penyerang Alexander Isak yang patah kaki turut meningkatkan keperluan Liverpool untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik Salah, yang mempamerkan kebangkitan apabila meledak empat gol dalam enam perlawanan di AFCON.

“Dia ke AFCON dan melakukan apa yang biasa – menjaringkan gol,” tambah Slot.

“Tanpa dia, kami bertahan dengan baik dan mula mencipta lebih banyak peluang. Jadi kehadiran Mohamed Salah amat membantu.”

Liverpool kini berada di tangga ke-11 fasa liga Liga Juara-Juara, dengan lapan pasukan teratas layak automatik ke pusingan 16 terbaik manakala pasukan di kedudukan kesembilan hingga ke-24 perlu melalui pusingan play-off. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama
Next: Masters Indonesia 2026: Pang Ron-Su Yin mara, Jimmy-Pei Jing kandas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.