Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirBorneo perkukuh nadi perhubungan udara pedalaman Sarawak
  • TEMPATAN

AirBorneo perkukuh nadi perhubungan udara pedalaman Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
BAGUS…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala (lapan dari kanan) bersama yang lain menunjukkan tanda bagus semasa  menaiki penerbangan yang dikendalikan AirBorneo dari Long Lellang ke Marudi sebelum meneruskan perjalanan ke Miri.

MIRI: Penubuhan AirBorneo serta pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai satu langkah strategik dan berani dalam memastikan keperluan pengangkutan udara negeri ini, khususnya ke kawasan pedalaman, terus terpelihara dan mampan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook hari ini selepas menaiki penerbangan yang dikendalikan AirBorneo dari Long Lellang ke Marudi sebelum meneruskan perjalanan ke Miri.

Menurut beliau, Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) bukan sekadar perkhidmatan penerbangan, sebaliknya merupakan talian hayat yang amat penting kepada penduduk pedalaman kerana ia menghubungkan mereka dengan akses kesihatan, pendidikan, ekonomi serta pelbagai perkhidmatan asas.

PESAWAT AirBorneo yang mengendalikan laluan udara pedalaman Sarawak, selaras usaha kerajaan negeri memastikan kebolehcapaian pengangkutan udara.

“RAS adalah nadi dan harapan utama pengangkutan udara ke kawasan pedalaman Sarawak. Ia bukan sekadar penerbangan, tetapi talian hayat yang menghubungkan penduduk pedalaman dengan pelbagai keperluan asas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kawasan DUN Mulu merupakan kawasan yang mempunyai lapangan terbang dan lapangan terbang pendaratan dan berlepas jarak pendek (STOLport) paling banyak di Malaysia, iaitu lima termasuk di Mulu, Long Seridan, Long Banga, Long Lellang dan Bario.

Keadaan itu, jelasnya, mencerminkan keperluan yang tinggi terhadap perkhidmatan udara yang konsisten, cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan pedalaman.

Sehubungan itu, beliau berharap AirBorneo dapat memberikan perkhidmatan terbaik, cekap dan berdaya saing dengan mengutamakan aspek keselamatan, ketepatan masa serta kebolehcapaian.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar kerajaan Sarawak bersama AirBorneo mengkaji semula cadangan penambahan kekerapan penerbangan ke kawasan pedalaman supaya keperluan sebenar rakyat dapat dipenuhi dan jurang pembangunan antara bandar dan pedalaman dapat terus dirapatkan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak bincang reformasi dasar untuk memodenkan industri teksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.