Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Foto Badminton Association of Malaysia -BAM

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dikejutkan seawal pusingan pertama kejohanan badminton Masters Indonesia 2026 yang berlangsung hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu terpaksa berputih mata selepas tewas dalam pertarungan tiga set 22-20, 19-21, 16-21 di tangan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Kekalahan tersebut hadir selang beberapa hari selepas kedua-dua mereka kandas di separuh akhir Terbuka India.

Turut mengakhiri saingan pusingan pertama beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting yang tewas kepada pilihan keenam kejohanan dari Jepun Kaho Osawa-Mai Tanabe 19-21, 18-21.- Bernama