Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan Perkim Cawangan Lawas hampir selesai, siap Jun tahun ini
  • Utara
  • WILAYAH

Pembinaan Perkim Cawangan Lawas hampir selesai, siap Jun tahun ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
AWANG Tengah bersama Pengerusi Perkim Lawas, Residen Limbang dan Pegawai Daerah meninjau kemajuan pembinaan bangunan baru Perkim Cawangan Lawas.

LAWAS: Bangunan baru Perkim Cawangan Lawas yang kini sedang rancak dibina dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Jun tahun ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bangunan tersebut kelak akan menjadi pusat pentadbiran dan aktiviti Perkim Cawangan Lawas yang baru.

“Bangunan ini amat dinantikan oleh warga Perkim Cawangan Lawas, yang kini mempunyai keahlian berdaftar terbesar di Sarawak. Ia juga dilengkapi kemudahan seperti dewan serba guna, ruang niaga, dan pelbagai fasiliti lain yang sesuai dengan keperluan anggota,” katanya.

Awang Tengah, yang ketika ini sedang bercuti, turut meluangkan masa meninjau tapak pembinaan bersama Pengerusi Perkim Cawangan Lawas, Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Haji Awang Daud, Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi, dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Beliau berpuas hati dengan perlaksanaan kerja di tapak projek dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan projek berjalan lancar.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: ASEZ perkukuh hubungan melalui kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan
Next: 12 anggota BBP Limbang, Lawas sertai pertandingan Kawad Kecekapan Zon 7

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.