Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sungai Krian disasar siap sebelum Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Sungai Krian disasar siap sebelum Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan upacara pencantuman Jambatan Sungai Krian hari ini. Foto: JKR Sarawak

SARATOK: Jambatan Sungai Krian bernilai RM112.4 juta dengan panjang 690 meter disasar dibuka kepada trafik pada 15 Mac ini, sekali gus menjadi hadiah istimewa sempena Aidilfitri kepada rakyat di Betong dan kawasan sekitarnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembukaan jambatan itu sebelum Aidilfitri bakal memudahkan pergerakan harian penduduk serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat menerusi peningkatan akses dan jaringan perhubungan di sekitar Sungai Krian.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, projek berkenaan akan menggantikan kebergantungan penduduk terhadap perkhidmatan feri, sekali gus memendekkan masa perjalanan dan meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.

“Dengan siapnya jambatan ini, perjalanan akan menjadi lebih cepat dan lancar.

“Ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat, malah menyokong pembangunan sosioekonomi di Betong dan kawasan berhampiran,” katanya.

JAMBATAN Sungai Krian bernilai RM112.4 juta dengan panjang 690 meter yang dijadual dibuka kepada trafik pada 15 Mac ini. Foto: JKR Sarawak

Uggah berkata demikian ketika merasmikan upacara pencantuman Jambatan Sungai Krian di sini, hari ini.

Menurut Uggah, pembinaan Jambatan Sungai Krian merupakan antara inisiatif strategik kerajaan Sarawak bagi mempertingkat mobiliti rakyat, memperkukuh hubungan antara komuniti serta membuka lebih banyak peluang pertumbuhan ekonomi melalui sistem pengangkutan yang lebih efisien dan berdaya saing.

Beliau menambah, kerajaan negeri komited memastikan projek infrastruktur utama dilaksanakan mengikut jadual demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan seimbang di seluruh Sarawak.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Dato Razaili Gapor, ADUN Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian Friday Belik, Setiausaha Tetap kementerian Datu Chiew Chee Yau, serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap saksikan penyerahan Surat Setuju Terima projek RTP di SJKC Stampin
Next: JPJ Sarawak laksana Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.