Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan elektrik sekolah jadi fokus projek RTP Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Keselamatan elektrik sekolah jadi fokus projek RTP Meradong

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Ding Hiing bergambar bersama yang lain semasa lawatan tinjauan di SJKC Yong Cheng, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah mengadakan lawatan awal bagi meninjau cadangan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) melibatkan kerja pendawaian semula bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Cheng.

Projek RTP yang dicadangkan dengan kos RM50,000 tersebut bertujuan menggantikan sistem pendawaian lama di bilik darjah sekolah ini bagi memastikan kemudahan elektrik berada dalam keadaan selamat, berfungsi dengan baik dan mematuhi spesifikasi teknikal semasa.

“Kerja pendawaian semula amat penting memandangkan sistem sedia ada telah digunakan untuk tempoh yang panjang dan berpotensi menimbulkan risiko keselamatan sekiranya tidak dinaik taraf.

“Keselamatan dan keselesaan para murid dan guru perlu diberi keutamaan. 

“Kemudahan asas seperti pendawaian elektrik yang baik sangat penting bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif,” katanya ketika ditemui media, semalam.

DATUK Ding Koung Hiing menjalankan tinjaian awal sistem pendawaian lama di bilik-bilik darjah SJKC Yong Cheng. Foto Pusat Khidmat Meradong

Katanya, skop kerja projek merangkumi pemasangan wayar baharu, lampu dan kipas di bilik darjah yang dijangka dapat menyediakan persekitaran pembelajaran lebih terang, berventilasi baik dan selamat digunakan.

“Semua projek RTP yang diperuntukkan kepada kawasan Meradong akan dipantau secara berkala bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar serta memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat.

“Institusi pendidikan merupakan antara sektor yang perlu diberikan perhatian khusus. 

“Projek di bawah RTP mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan warga sekolah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek tersebut.

Turut hadir wakil Pejabat Residen Sarikei, Sing Ming Shuang; wakil Pejabat Daerah Meradong, Ting Kai Siang dan Guru Besar SJKC Yong Cheng, Huong Yew Ho.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDA arah tutup dua premis makanan, tahap kebersihan tidak memuaskan
Next: APM Sarikei–Meradong laksana UKF 2026 libatkan 55 anggota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.