
MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memohon bantuan untuk menangkap seekor ular yang bersembunyi di bilik tidur.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri memberitahu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu pada 5.20 petang semalam.
Sebaik menerima panggilan tersebut Skuad Alpha bergerak ke lokasi diketuai Sarjan (PA) Siti Naquiah Abdullah serta tiga anggota lain.
Reptilia tersebut, seekor ular lidi sepanjang setengah meter, berjaya ditangkap menggunakan penyepit.
Oleh Jiku Juguong