Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Taman Negara Niah dibuka semula mulai esok
  • TEMPATAN

Taman Negara Niah dibuka semula mulai esok

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAMAN Negara Niah akan dibuka semula secara separa kepada orang awam berkuat kuasa esok, tertakluk kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang masih dijalankan.

BATU NIAH: Taman Negara Niah akan dibuka semula secara separa kepada orang awam berkuat kuasa esok, tertakluk kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang masih dijalankan.

Menurut notis rasmi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), kawasan yang dibenarkan untuk dikunjungi ialah Gua Peniaga (Trader’s Cave) yang boleh diakses bermula tarikh tersebut.

Namun begitu, beberapa kawasan utama masih ditutup sementara sehingga diberitahu kelak, iaitu Pos Renjer Tangap, Laluan Tangap, Gua Besar (Great Cave), Gua Lukisan (Painted Cave), Laluan Madu serta Bukit Kasut.

Penutupan kawasan-kawasan berkenaan adalah bagi memastikan keselamatan pengunjung serta memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang diperlukan.

Sehubungan itu, pihak pengurusan menegaskan bahawa pengunjung dilarang sama sekali memasuki kawasan yang ditutup atau terhad, dan semua pengunjung perlu mematuhi langkah kawalan akses serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan taman.

Pengunjung juga dinasihatkan untuk merancang lawatan dengan teliti, khususnya bagi mereka yang berhasrat untuk mengunjungi Gua Besar dan Gua Lukisan yang masih belum dibuka.

Dalam masa yang sama, kemudahan penginapan taman dan muzium akan kembali beroperasi selaras dengan pembukaan semula secara separa ini.

SFC merakamkan penghargaan atas kefahaman dan kerjasama orang ramai dalam usaha memastikan keselamatan, pemuliharaan serta perlindungan Tapak Warisan Dunia ini.

Orang awam dinasihatkan untuk merujuk laman web rasmi atau saluran komunikasi rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persatuan Anak Kabong kukuhkan ukhuwah, syiar Islam
Next: Eksklusif: Keropok amplang Borneo, rangup warisan yang tak lapuk zaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.