Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pagi Tanpa Kenderaan DBKU dirancang diperluas ke Petra Jaya
  • Selatan
  • WILAYAH

Pagi Tanpa Kenderaan DBKU dirancang diperluas ke Petra Jaya

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman, ditemui pemberita selepas pelancaran Kalendar Acara DBKU 2026 dan pembukaan Pagi Tanpa Kenderaan di Padang Merdeka Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Warga Petra Jaya bakal menikmati pengalaman Pagi Tanpa Kenderaan buat pertama kali apabila Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk memperluaskan penganjuran program riadah popular ini diperluas ke kawasan mereka pada April atau Mei ini.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, perancangan itu dibuat susulan sambutan menggalakkan terhadap program Pagi Tanpa Kenderaan sejak ia diperkenalkan pada 2021.

“Program ini kini memasuki tahun kelima penganjuran dan berdasarkan kajian serta maklum balas orang ramai, DBKU merancang menyediakan satu lagi laluan di Petra Jaya,” katanya.

PEMBUKAAN Pagi Tanpa Kenderaan sebelum warga kota Kuching memeriahkan aktiviti riadah seperti senaman dan aerodance, di Padang Merdeka, Kuching hari ini.  Foto Adele Rissa

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Kalendar Acara 2026 di Padang Merdeka Kuching, di sini hari ini.

Menurut beliau, laluan tersebut telah dikenal pasti dan pelaksanaannya disasarkan sekitar April atau Mei, tertakluk kepada persiapan dan penyelarasan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Penyelaras Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peluasan program ini selari dengan usaha menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kelestarian bandar raya.

Beliau berkata, kawasan Petra Jaya dipilih kerana lokasinya yang strategik serta berhampiran kawasan kediaman, sekali gus dijangka dapat menarik penyertaan lebih ramai warga kota.

DBKU turut mencadangkan agar penganjuran Pagi Tanpa Kenderaan di Petra Jaya diadakan pada minggu kedua setiap bulan, manakala penganjuran di lokasi sedia ada diteruskan pada minggu pertama dan ketiga.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Kelas Ngajat Edisi Ke-24 terus martabatkan tarian tradisional Dayak
Next: DBKU sedia 108 tapak penjaja di tiga lokasi Bazar Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.