Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program kesihatan mental di Rejimen 510 memperkukuhkan kesedaran antidadah
  • Tengah
  • WILAYAH

Program kesihatan mental di Rejimen 510 memperkukuhkan kesedaran antidadah

Utusan Sarawak 7 hours ago
 PROGRAM…..Pengurusan Stres dan Kesihatan Mental di Rejimen 510 AW, Kem Sri Rejang, semalam. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Kelab Lions Sibu Seduan dengan kerjasama Rejimen 510 Askar Wataniah, Kumpulan Syarikat Jaya Coastal dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu telah mengadakan program Pengurusan Stres dan Kesihatan Mental di Rejimen 510 AW, Kem Sri Rejang, semalam.

AADK Daerah Sibu dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, program itu merupakan inisiatif bersama dalam memperluas mesej pencegahan dadah kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi mengisi slot program tersebut, pihak AADK telah mengadakan sesi ceramah antidadah yang memberi fokus kepada senario semasa penyalahgunaan dadah di Malaysia serta langkah-langkah pencegahan awal.

PAMERAN antidadah turut diadakan bagi memberi peluang peserta melihat maklumat berkaitan dadah dan perkhidmatan AADK. Foto AADK Daerah Sibu

Selain itu, pameran antidadah turut dibuka bagi memberi peluang kepada peserta melihat dengan lebih dekat informasi berkaitan dadah dan bahan terlarang serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh AADK.

Lebih menarik, program itu turut menyajikan kelainan dengan menampilkan dua orang klien AADK bagi sesi perkongsian pengalaman.

Kedua-dua klien tersebut berkongsi kisah perjalanan hidup mereka serta keberkesanan Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) yang sedang dilalui, sekali gus memberi inspirasi kepada hadirin tentang peluang kedua dalam kehidupan.

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota tentera serta kakitangan syarikat korporat tempatan.

AADK berharap kerjasama erat bersama NGO seperti Kelab Lions Sibu Seduan akan terus subur demi mencapai visi Dadah Terkawal 2035.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) Brigadier Jeneral Dato Jafri Sulaiman.

Turut hadir, Timbalan Komander Rejimen 510 AW Leftenan Kolonel Mohd Budiman Zainal, Pengurus Besar Jaya Coastal Mejar (K) Wilson Ling dan Presiden Kelab Lions Sibu Seduan Lu Sii Yew.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor perkukuh kesedaran kebakaran di peringkat sekolah
Next: Pembangunan semula Bukit Assek dijangka jadi pemangkin ekonomi Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.