Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Terpedaya panggilan palsu, suri rumah kerugian RM101,900
  • JENAYAH

Terpedaya panggilan palsu, suri rumah kerugian RM101,900

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR fail KPD Sarikei, Superitenden Anis.

SARIKEI: Seorang suri rumah tempatan mengalami kerugian sekitar RM101,900 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan telefon (phone scam) dalam satu kejadian yang berlaku pada pertengahan Januari lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Aswandy Anis, berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang telah tampil membuat laporan polis selepas menyedari dirinya diperdaya oleh individu tidak dikenali.

“Dalam kejadian ini, mangsa dihubungi oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai siber Sekuriti Malaysia dan memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa didakwa terlibat dengan aktiviti penipuan.

“Mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis bagi meyakinkan mangsa untuk mengikuti arahan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, mangsa yang terpedaya telah diarahkan membuat beberapa transaksi pemindahan wang secara deposit melalui mesin ke akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa telah melakukan beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah lebih kurang RM101,900.

“Mangsa menyedari telah ditipu apabila mula berasa hairan dan ragu-ragu terhadap perkara tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tegasnya.

Dalam pada itu, Aswandy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali, walaupun pemanggil mendakwa mewakili agensi rasmi.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon dan membuat semakan melalui saluran rasmi sekiranya menerima panggilan mencurigakan.

“Mana-mana individu yang baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke akaun bank atau e-dompet yang disyaki terlibat dengan penipuan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan lanjut,” katanya.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah komersil diminta menyalurkannya kepada Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak di talian 011-62890089 yang beroperasi 24 jam.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 184 kenderaan diperiksa, pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi JPJ Miri
Next: Wanita rugi hampir RM340,000 terpedaya pelaburan saham tidak wujud di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.