Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor perkukuh kesedaran kebakaran di peringkat sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor perkukuh kesedaran kebakaran di peringkat sekolah

Utusan Sarawak 6 hours ago
PESERTA belajar cara memadamkan kebakaran dapur gas. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 53 peserta melibatkan murid, guru dan ibu bapa menyertai program ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi serta latihan pengungsian di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kelangas, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program yang bermula pada 10.00 pagi tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran serta kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden kebakaran.

“Program seperti ini amat penting bagi memastikan murid, guru dan kakitangan sekolah memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

“Selain itu, melalui latihan tersebut, ia dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kerugian harta benda sekiranya berlaku kecemasan kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, antara pengisian utama program adalah latihan pengungsian bangunan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai laluan keluar kecemasan dan tatacara menyelamatkan diri dengan selamat.

“Selain itu, ceramah pencegahan keselamatan kebakaran turut disampaikan bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap punca kebakaran dan langkah-langkah pencegahan awal yang boleh diambil.

“Turut diadakan adalah demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api bagi memberi pendedahan praktikal kepada peserta tentang kaedah penggunaan peralatan keselamatan tersebut dengan betul dan berkesan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas hilang di Pakan ditemui selamat
Next: Program kesihatan mental di Rejimen 510 memperkukuhkan kesedaran antidadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.